Thursday, January 29, 2009

bahasa bangsa????

well tak tahu kenapa
minggu nie banyak gak tertengok
pasal isu bahasa kebangsaan kita.....

n well, here is what i got to say tuk isu
yang sedang hangat gak nie....

mmg semua tahu bahasa kebangsaa
kita ialah bahasa melayu....
walaupun negara kita terdapat
bermacam2 bangsa dan agama
kita masih bersatu dengan adanya
bahasa kebangsaan ini
bahasa melambangkan bangsa , kan??
*that's what they said

sebenarnya saya amat tertarik dengan
satu program di astro awani
iaitu perspektif kita
tajuk dia masa tu ialah
bahasa kebangsaan dan sekolah wawasan

saya tengok program ini hingga tamat.... ;D

well, saya amat tertarik dangan apa
yang diperkatakan oleh
Y.B. ibrahim ali iaitu salah seorg
panel laa kat program tu dan dia juga seorg wakil rakyat
(pasir mas kelantan)
he said this and i quote:

" apa dah jadi dengan bahasa kebangsaan kita?? sekarang ini pun
lapangan terbang antarabangsa negara kita manggunakan
berbagai bahasa untuk hanya satu pengumuman. mereka
menggunakan bahasa melayu, tamil , mandarin , arab dan inggeris.
mengapa perlu banyak bahasa digunakan? sedangkan
negara kita mempunyai bahasa kebangsaan!!! iaitu bahasa melayu!!
mengapa mereka tidak menggunakan bahasa melayu
dan bahasa inggeris sahaja . bahasa inggeris pun hanya
kerana ianya hanyalah bahasa international dan general.
kenapa perlunya ada berbagai2 bahasa??"

" adakah kerana negara kita mempunyai bangsa yang berbilang kaum dan agama... bahasanya juga perlu di pelbagaikan???
adakah perlu?? jikalau begitu dimana letaknya
keistimewaan bahasa kebangsaan kita??"

jadi dari (statement) dia, boleh fahamlah
kenapa dia kate yang bahasa kebangsaan
dah tak diletakkan lagi di tangga pertama
walaupun semua boleh je amalkan
bahasa tamil, mandarin dan mcm2 lagi...
tetapi bahasa melayu masih perlu di tangga pertama....
ianya bahasa kebangsaan kita!!

tapi ada jugak yang tak setuju,
ada yang kata ahli politik ni
akan cari apa2 sahaja alasan untuk
dipolitikkan....
malahan isu bahasa pun
mahu dipolitikkan

saya tertarik dengan salah satu penyataan
oleh seorg panel ni,
dia berkata jikalau semua pemimpin dan ahli2 politik
mengetepikan semua agenda masing2 dan
jangan memikirkan pasal diri sendiri dan parti mereka,
fikirlah tentang masa depan anak2 bangsa mereka....

semua isu yang berkaitan dengan bahasa,
cara perlaksanaannya boleh dibereskan sejak
1957 lagi...
sampaikan begitu....

jadi apa yang mahu saya katakan
cara pendidikan di malaysia
iaitu di peringkat rendah n menengah
perlu banyak lagi diperbaiki
dan dipantau...
bahasa kebangsaan perlu diterapkan
sejak sekolah lagi.....
juga sekolah harus di upgradekan lagi....

bahasa kebangsaan perlu dijaadikan
bahasa yang utama di sekolah2

walaupun ianya sekolah cina , tamil or....

ada rungutan , mrk mengatakan bahawa
mereka tidak setuju jikalau sekolah cina
harus mengadakan sekali sebulan perhimpunannya dalam
bahasa kebangsaan...
mereka merasakan bahawa ada agenda
tersembunyi drpd pihak kerajaan.
mereka juga mengatakan bahawa
cara ini menjejaskan
sisitem pendidikan vernakular cina...

yang penting semua tahu bahawa
bahasa kebangsaan kita ialah bahasa melayu

walaupun sukar untuk dilaksanakan

pengukuhan bahasa kebangsaan,
perlu juga dilakukan dan kita harus berusaha kearahnya
jika tidak, jika mahu ikut kehendak dan kepala masing2
mmg bahasa kebangsaan ini akan
lama-kelamaan pudar....

dan identiti bangsa kita ,
hilang??

jadi pokoknya,
firiklah tentang apa yang akan berlaku
kepada bahasa kebangsaan kita
20 atau 30 tahun akan datang

adakah bahasa melayu masih kukuh??
adakah ia masih bahasa kebangsaan kita??

dimanakah letaknya identiti bangsa kita??

fikirkanlah tentang ini...

2 comments:

Aimi Rosli said...

kte xnmpk klu yg awk tulis blog ni..

Awk tulis ke ?? HAHA.

alia_wedges said...

mee
kt laa tulis sape lg hu3

mmg x terror pun pasal bahasa
tu laa nak semangat nie...

he3

;D